fbpx

Kilang proses ketamin di Iskandar Puteri diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN (tengah) menunjukkan peralatan makmal haram dan bahan-bahan memproses ketamin yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, Johor hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Kegiatan haram satu sindiket berselindung disebalik sebuah kilang tanpa papan tanda di daerah ini sebagai makmal memproses dadah jenis ketamin terbongkar apabila diserbu polis dalam kejadian pada Selasa minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam operasi bermula pukul 7.30 malam hingga 12 tengah malam itu, seramai empat lelaki yang berusia 28 hingga 44 tahun telah ditahan dalam dua serbuan, masing-masing di kawasan makmal tersebut dan kawasan tepi jalan.

“Hasil saringan urin mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis ketamin, manakala dua suspek turut mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Menerusi serbuan itu juga, polis merampas 4.63 kilogram (kg) ketamin bernilai RM277,860 dan 166 liter cecair ketamin bernilai RM1.85 juta. Selain itu, turut dirampas pelbagai perkakas memproses dadah, beberapa buah kenderaan, jam tangan dan wang tunai bernilai RM2.45 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Kamarul Zaman turut memberitahu, modus operandi sindiket yang aktif sejak April lalu adalah dengan menjadikan sebuah premis kilang yang tidak berpapan tanda sebagai pusat memproses dadah.

“Kesemua suspek telah dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan sebatan.

“Dalam masa sama, polis masih memburu tiga ahli sindiket dadah berkenaan iaitu T. Prakash, 33; S. Steven, 48, dan Mohamad Basir Nahupicher, 32, yang dipercayai turut terlibat,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan sejak Januari sehingga 26 Julai, Polis Johor telah menahan seramai 9,787 suspek berkait pelbagai kesalahan dadah dengan rampasan dadah bernilai RM27.17 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI