fbpx

Manifesto PN bakal diumum, selesai masalah majoriti rakyat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tiga kiri) melihat penyarungan vest PN kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, Dr. Daroyah Alwi di Kampung Bukit Kapar, Klang, malam ini.

KLANG – Perikatan Nasional (PN) akan memperkenalkan manifesto PN Selangor, iaitu pelan penyelesaian isu yang dihadapi majoriti rakyat negeri itu, dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara permasalahan yang terkandung di dalam manifesto itu termasuk kos sara hidup dan harga rumah mahal.

“Saya tak boleh nak dedahkan semua butiran manifesto kerana kita akan umumkannya beberapa hari lagi.

“Apa yang pasti, akan disenaraikan permasalahan yang dihadapi majoriti rakyat Selangor dan tindakan bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya ketika berucap dalam ceramah kelompok di Kampung Bukit Kapar, di sini malam ini.

Beliau turut menegaskan, PN boleh memperkenalkan lebih banyak pakej bantuan dan kemudahan infrastruktur kepada rakyat Selangor, sekali gus memberi kesenangan pada mereka.

Justeru, Muhyiddin berharap pengundi Selangor memilih calon PN secara keseluruhannya pada 12 Ogos nanti bagi memenangkan PN di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI