fbpx

PRN: Individu terbang dron di pusat penamaan calon Kemaman ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli

KUALA TERENGGANU – Satu kes dron diterbangkan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dikesan sewaktu proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu di Kemaman hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya telah bertegas dengan melakukan tangkapan terhadap individu yang menerbangkan dron terbabit.

“Kes tersebut akan diserahkan kepada pihak CAAM untuk tindakan lanjut. Begitupun secara keseluruhan proses penamaan calon di Terengganu berjalan lancar.

“Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dilaporkan di kesemua 32 pusat penamaan calon (di negeri ini),” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, seramai 2,468 orang pegawai polis telah ditugaskan sepanjang proses penamaan calon terbabit.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan semua calon dan wakil parti bertanding mematuhi peruntukan undang-undang pilihan raya ditetapkan sepanjang tempoh berkempen sehingga 12 Ogos depan.

“Saya nasihatkan jangan sentuh isu berkaitan 3R (raja, agama dan kaum) sepanjang tempoh kempen.

“Segala bentuk ceramah termasuklah penggunaan video dan audio juga perlu mendapatkan permit dari ibu pejabat polis daerah berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI