fbpx

Operasi patuhi lalu lintas akan dilaksanakan di seluruh negara – PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap semua pengguna jalan raya di seluruh negara.

Tindakan ini diambil bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

Timbalan Pengarah JSPT, Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, tindakan pematuhan peraturan lalu lintas yang bakal dilakukan meliputi operasi lampu isyarat merah, nombor pendaftaran dan halangan lalu lintas.

“Selain itu, turut dilaksanakan operasi garisan putih, parkir haram dan kempen op didik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi penguatkuasaan ini dilaksanakan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah dengan memberi tumpuan kawasan kerap berlaku kemalangan dan ketidakpatuhan peraturan lalu lintas.

Justeru, Mohd. Nasri menasihati kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Ini bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Kerjasama daripada pihak orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI