PETALING JAYA – Tabiat rakyat negara ini gemar menekan pautan yang dihantar menerusi e-mel tanpa usul periksa membuka peluang kepada penjenayah siber untuk mencuri data pengguna secara agresif. Lebih membimbangkan, aktiviti phishing atau pancingan data menerusi e-mel sukar dikesan kerana ciri-cirinya yang menyerupai e-mel korporat tulen. Mangsa yang menekan pautan dihantar menggunakan e-mel palsu terdedah kepada risiko kebocoran data peribadi dan maklumat sulit termasuk perbankan online sehingga menyebabkan kerugian wang ringgit dalam jumlah yang besar. Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia……