fbpx

PRN: Isu keluar parti tak jejas persiapan DAP di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chow Kon Yeow.

SEBERANG PERAI – Isu pengguguran tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang termasuk lima Exco kerajaan negeri daripada DAP sehingga membawa kepada situasi keluar parti dijangka tidak menjejaskan persiapan parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu telahpun dinyatakan dalam kenyataannya sebelum ini.

Menurut Kon Yeow, dalam tempoh dua bulan terakhir ini khususnya ketika prapilihan raya, memang banyak cabaran yang terpaksa didepani oleh DAP khususnya di negeri ini.

“Sebab itulah saya menyeru kepada penyokong dan pengundi untuk terus memberi sokongan kepada parti. Mesej utama yang mahu disampaikan adalah lihat kepada prestasi kerajaan negeri (pimpinan DAP) sepanjang 15 tahun khususnya lima tahun terakhir di bawah (pimpinan) saya sebagai Ketua Menteri.

“Jadi, kami mahu mereka menilai kami berdasarkan prestasi dan bukan menerusi isu semasa yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri di Butterworth Arena, hari ini.

Beliau mengulas kesan daripada tindakan bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel yang mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai.

Jelas Kon Yeow, meskipun David menyatakan sokongan terhadap dirinya dan telah mengumumkan keluar daripada parti itu semalam, DAP tetap tidak akan berkompromi dengan tindakan sedemikian.

“Cuma ada 10 tangan yang terlibat kerana jawatankuasa pemilihan itu terdiri daripada lima orang ahli. Itu keputusan ‘sebulat suara’. Kita kena terima,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI