fbpx

Adam Adli ziarah bekas atlet bola sepak negara, Harun Jusoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Adli (tengah) melawat Harun yang pernah beraksi di Olimpik Munich 1972 di Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk, Terengganu semalam.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim melawat bekas atlet bola sepak negara yang pernah beraksi di Olimpik Munich 1972, Harun Jusoh di Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk, Terengganu semalam.

Adam Adli berkata, bersama beliau dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

“Ingatan beliau masih kuat dan bersemangat berkongsi kisah dan pengalamannya dalam sukan bola sepak meskipun kini berusia 75 tahun dan mengalami penyakit saraf.

“Dalam pertemuan singkat ini, turut sempat menyampaikan cek sumbangan khairat kematian di bawah Skim Bantuan Khas Yakeb kepada waris bekas atlet silat negara, Allahyarham Azan Abdullah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Adam Adli berkata, beliau mempelawa agar ziarah seperti itu diteruskan bukan sahaja Yakeb, malah oleh pihak-pihak lain untuk turut sama menyantuni wira dan wirawati negara.

“Semoga semangat kebersamaan ini terus berkembang untuk memberikan sokongan dan penghargaan kepada mereka yang telah berkorban demi kejayaan negara kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI