fbpx

YGMB sedia kos guaman bagi membantu warga pendidik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Munaidi (kiri) mengiringi Mohammad Rosli (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah tokoh guru dan tokoh kepimpinan daerah Maran kepada dua orang guru pada program Hari Profesional Pejabat Pendidikan Daerah Maran di Maran, hari ini.

MARAN – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sentiasa proaktif terhadap kebajikan para guru dengan memberikan perkhidmatan menyeluruh kepada warga pendidik termasuk menyediakan kos bagi khidmat bantuan guaman kepada guru-guru yang menyertai skim ditawarkan yayasan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, pelbagai kes dibawa ke mahkamah melibatkan guru-guru termasuk yang dikatakan kecuaian atau di luar kawalan guru pada masa ini menyebabkan peranan guru lebih mencabar dan sentiasa terdedah dengan pendakwaan di mahkamah.

“YGMB sebagai institusi yang berperanan menjaga kebajikan guru-guru, kita peka dengan isu-isu seperti ini sebab itu dalam salah satu manfaat atau servis yg kita tawarkan kepada guru-guru yang bersama dengan kita sebagai ahli ialah menyediakan khidmat bantuan guaman.

“Kita ada menyediakan kos sehingga RM30,000 bagi membolehkan guru-guru yang berhadapan dengan isu-isu seperti itu, yang berkait dengan perkhidmatannya mendapat pembelaan sewajarnya melalui khidmat bantuan guaman,” katanya pada program Hari Profesional Pejabat Pendidikan Daerah Maran yang dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman di sini hari ini.

Menurut Wan Munadi perkhidmatan bantuan kos guaman tersebut disediakan melalui dua skim yang ditawarkan oleh YGMB iaitu Skim Emas dan Skim 18.

Katanya melalui bantuan tersebut guru-guru boleh memilih peguam untuk mewakili mereka dengan kos maksimum sebanyak RM30,000 atau menyerahkan kepada pihak YGMB bagi urusan pelantikan peguam.

Dalam pada itu beliau berkata, YGMB yang mendapat sambutan yang baik dari semasa ke semasa akan terus memastikan kebajikan guru-guru yang menjadi peserta diberi keutamaan.

Katanya, setakat ini sebanyak 120,000 warga pendidik telah menyertai skim ditawarkan YGMB yang melibatkan empat skim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI