fbpx

[VIDEO] Selamat jalan, sahabatku – Mahfuz Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ucapan terakhir Mahfuz untuk Allahyarham di laman TikTok.

PETALING JAYA – “Selamat jalan Din, sahabatku dunia akhirat.” Itulah ucapan terakhir Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar dalam sebuah video di laman TikTok untuk sahabat baiknya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah kembali ke Rahmatullah, malam semalam.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah menzahirkan rasa terima kasih terhadap segala nasihat, kata-kata semangat dan juga motivasi yang pernah diberikan oleh Allahyarham suatu ketika dahulu.

“Saya tidak akan pernah lupa segala pesanan Allahyarham sepanjang kami duduk dalam penjara dan sewaktu kami bersama di Markas Pas. Tidak sangka akhirnya, kau pergi dulu Din.

“Alhamdulillah, Allahyarham pergi dengan tenang, dia hanya sempat rasa sakit selama beberapa hari sebelum dijemput Ilahi. Betapa mudahnya Allahyarham pergi, sedangkan kami di sini tidak tahu bagaimana pengakhirannya untuk kami nanti,” katanya.

Menurut Mahfuz dalam ucapan yang sama, beliau terharu apabila jenazah Allahyarham disembahyangkan oleh ramai orang.

“Saya pasti, esok (hari ini), lebih ramai orang akan datang di kampung halaman kau nanti,” ucapnya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berpusu-pusu meninggalkan ucapan takziah dan turut berkongsi rasa sedih dan hiba dengan pemerigian Allahyarham.

“Tersentuh hati saya dengan ucapan Datuk Mahfuz. Di seluruh negara, rakyat bersedih atas kehilangan menteri yang sangat mengambil berat hal-hal rakyat,” kata seorang pengguna.

“Benarlah kata orang, orang baik Allah sayang. Selamat jalan YB ke negeri abadi. Semoga rahmat Allah SWT mengiringi, kata Foo.

“Hari ini, negara kita kehilangan sebutir permata, ‘hero’ kepada rakyat yang susah. Moga syurga untuk Allahyarham,” kata One. – KOSMO! ONLINE

@amanahkedah02 Alfatihah #amanahkedah #partiamanahnegara #malaysiamadani #demipertiwi #pakatanharapan #RAHMAH ♬ Gerimis Mengundang (Acoustic) – My Music 87

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI