fbpx

Mayat warga emas hilang ditemui dalam perut buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mengeluarkan sebahagian anggota badan dalam perut buaya.

TAWAU – Mayat seorang lelaki warga emas hilang disyaki dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau pada 19 Julai lalu ditemui dalam perut reptilia berkenaan hari ini.

Mangsa, Addi Bangsa, 60, ditemui di dalam perut seekor buaya oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau pada hari keempat operasi kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada JHL mengenai penemuan itu pada pukul 7.30 pagi tadi.

Katanya, pasukan JHL memaklumkan menemui seekor buaya yang dipercayai membaham mangsa dan bertindak menembak mati reptilia berkenaan.

“Pasukan JHL turut bertindak membela perut buaya dan menemui anggota badan manusia dipercayai milik mangsa.

“Seterusnya, pengeceman identiti mangsa oleh ahli keluarganya di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Jemishin memaklumkan pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada pukul 11 pagi tadi.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai berkenaan pada Rabu lalu, kira-kira pukul 4 pagi 19 Julai lalu.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.03 pagi pada Khamis berhubung kejadian berkenaan dan terus mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pencarian dilakukan di sepanjang muara sungai dengan radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI