fbpx

DAP, UMNO kerja berpasukan bangunkan ekonomi, kestabilan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming membuat lawatan kerja rasmi di Pasar Awam Taiping hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

TAIPING – DAP akan mengumumkan senarai nama calon dari parti itu dalam masa yang terdekat.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, pengumuman itu akan dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.

“Kita sedang memilih satu tarikh keramat untuk mengumumkan senarai nama-nama calon daripada parti Dap yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

“Tarikh, masa dan tempat kita akan maklumkan kemudian, tapi yang jelas sebelum berlakunya hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar  Lawatan Kerja Rasmi di Taiping Perak di sini hari ini.

Menurutnya, DAP akan memberi tumpuan penuh ke atas semua enam negeri yang bertanding pada PRN ini.

“Kita bukan hanya memberi fokus kepada negeri Pulau Pinang, namun ke enam-enam negeri itu turut diberi perhatian penuh.

Selain daripada mengekalkan Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, kita juga akan jadikan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sehaluan dengan Kerajaan Madani,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak menafikan adanya cabaran dengan masaalah dalaman antara gabungan itu, namun ianya merupakan satu Asam Garam dalam dunia politik.

“Tak kenal maka tak cinta, jadi antara DAP dan UMNO, kita mencari titik persamaan dan bukannya mencari perbezaan.

“Antara kita (DAP)dan dia (UMNO) sudah tidak lagi bergaduh, kita cari titik persamaan dan bekerja bersama-sama untuk bawa kesejahteraan kepada rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI