fbpx

PRN: Mahdzir Khalid jadi calon BN di DUN Pedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu menyertai keseluruhan 15 calon yang ditampilkan parti itu pada PRN Kedah.

Dalam pada itu, BN bakal bertanding melibatkan DUN Ayer Hangat, Ayer Hitam, Bukit Kayu Hitam, Pedu, Bukit Lada, Anak Bukit, Sungai Tiang, Guar Chempedak, Jeneri, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Bayu, Kuala Ketil, Merbau Pulas dan Bandar Baharu di Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI