fbpx

AmBank tawar pakej pembiayaan Tesla dengan kadar faedah terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto Ihsan AFP

PETALING JAYA – Kumpulan AmBank menawarkan pakej pembiayaan melibatkan kenderaan elektrik (EV) Tesla Model Y dengan kadar faedah terendah buat pembeli di Malaysia selepas berjaya menjalinkan kerjasama khas dengan syarikat pengeluar EV terkemuka Amerika Syarikat, Tesla Inc.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, AmBank merupakan salah satu penyedia pembiayaan di Malaysia yang diutamakan oleh Tesla.

“Kami amat berbangga dipilih oleh Tesla Inc. sebagai salah satu dari dua Penyedia Pembiayaan Pilihan bagi model-model EV Tesla di Malaysia yang memperkukuhkan lagi portfolio pembiayaan kenderaan EV kami yang selaras dengan agenda besar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) AmBank.

“AmBank berbangga menyokong aspirasi Malaysia ke arah neutral karbon pada tahun 2050, sejajar dengan kerangka Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (2021 – 2030) yang menyasar untuk mengubah hala tuju Malaysia bagi berhijirah ke industri pengangkutan dijana elektrik selaku strategi utama mengurangkan pelepasan karbon.

“Bagi pembelian model-model Tesla Y, AmBank menawarkan salah satu pembiayaan kenderaan kadar faedah paling kompetitif di pasaran yang pastinya akan memain peranan penting ketika pembeli membuat pilihan untuk pakej yang paling sesuai dengan pelan pembayaran semula mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pakej pembiayaan AmBank yang ditawarkan kepada pembeli di Malaysia sah untuk semua tiga varian Tesla Model Y yang dilancarkan hari ini.

“Ketiga-tiga varian tersebut ialah Tesla Model Y RWD (RM199,000), Tesla Model Y Long Range AWD (RM246,000) dan Tesla Model Y Performance AWD (RM288,000). Kesemua harga yang disebutkan adalah termasuk SST (cukai jualan dan perkhidmatan),” jelasnya.

Sementara itu, katanya, AmBank turut menjalin kerjasama dengan AmGeneral Insurance Berhad untuk menyediakan insurans perlindungan untuk kenderaan Tesla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI