fbpx

Gelongsor kecemasan pesawat jatuh timpa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota keselamatan memeriksa gelongsor kecemasan yang jatuh dari sebuah pesawat di rumah Patrick Devitt, Chicago, Isnin lalu. - Foto Patrick Devitt

CHICAGO, ILLINOIS – Sebuah keluarga di Chicago terkejut apabila gelongsor kecemasan pesawat terjatuh dan menimpa rumah mereka ketika sedang makan tengah hari, lapor agensi berita United Press International semalam.  

Ketika kejadian, pesawat itu menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago untuk membuat pendaratan.

Pemilik rumah itu, Patrick Devitt berkata, dia dalam perjalanan ke rumah keluarganya di Northwest Side apabila anak dan bapa mentuanya yang berada di dalam rumah mendengar bunyi kuat sekitar pukul 12:15 tengah hari (waktu tempatan).

“Ia lebih besar daripada sebuah kereta kecil,” katanya kepada WLS-TV.

Keluarga itu menghubungi talian kecemasan 911 sebelum pasukan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) tiba kira-kira 30 minit kemudian.

“Para pekerja di lapangan terbang kemudian mendapati gelongsor kecemasan milik sebuah pesawat Boeing 767 United Airlines yang baru mendarat dari Switzerland hilang,” kata FAA.

Pihak FAA dan United Airlines sedang menyiasat punca gelongsor itu jatuh dari pesawat tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI