fbpx

Kukuhkan muafakat PH dan BN, ketepikan sentimen lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Guar Chempedak, Yan hari ini.

YAN – Seluruh pimpinan dan ahli parti dalam Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) diminta untuk terus mengukuhkan muafakat dan mengenepikan sentimen lama bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pimpinan dan ahli PH dan BN itu juga perlu menghindarkan diri daripada mendengar propaganda karut daripada Perikatan Nasional (PN).

“Saya yakin kalau PH dan BN betul-betul dari atas hingga bawah muafakat dan fikir agama, bangsa dan negara serta hindarkan daripada sentimen-sentimen lama.

“Selain jika ada penerimaan calon PH adalah calon BN dan sebaliknya calon BN adalah calon PH, kita akan menang bergaya di Kedah,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Guar Chempedak, di sini hari ini.

Kata beliau, semua ahli parti tersebut termasuk ahli UMNO yang masih ‘goyang’ diminta supaya tidak terpengaruh dengan bisikan musuh.

“Sebab itu kempen mereka hari-hari maki Zahid (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi), (maki) UMNO kurang kerana kononnya nak pujuk (ahli) balik.

“Namun, saya ingin ingatkan kalau nak selamatkan parti dan negara, jangan dengar nasihat musuh. Ini ada mantan-mantan menteri UMNO kata mereka tak ada pilihan lain nak selamatkan UMNO, itu sebab bersama Pas,” ujarnya.

Tambahnya, beliau dan pimpinan parti akan turun ke bawah untuk terus menerangkan perkara tersebut kepada semua ahli parti dan rakyat.

“Satu undi daripada ahli UMNO kepada musuh adalah pengkhianatan besar kepada parti dan agama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI