fbpx

Guru dan anak asuhan cedera, Proton Exora rempuh taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan Proton Exora yang merempuh sebuah taska di Taman Sri Chukai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Gara-gara terlajak sewaktu mengundur, kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora yang dipandu pesara kerajaan merempuh sebuah taska sehingga mencederakan tiga individu di Taman Sri Chukai di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu menyebabkan guru wanita berusia 31 tahun, seorang bayi dan kanak-kanak asuhan berusia setahun dan tiga tahun cedera.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, guru taska terbabit, Nurul Ain Idris, 31, cedera pada bahagian lutut.

“Bayi lelaki dan kanak-kanak perempuan pula mengalami luka pada badan, tangan dan kepala.

“Siasatan awal mendapati pemandu Proton Exora berkenaan merupakan lelaki warga emas berusia 72 tahun yang menetap di sebuah rumah di hadapan taska tersebut,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, sewaktu mengundur keluar dari rumahnya, kenderaan tersebut tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh taska berkenaan.

Pihak polis percaya lelaki warga emas itu mungkin tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI