fbpx

‘Roadshow’ buka peluang bukan Bumiputera sertai ATM – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

REMBAU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman akan membuat ‘roadshow’ bagi membuka peluang kepada golongan bukan bumiputera menyertai pasukan pertahanan negara berkenaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya kini mewawarkan perkara itu untuk memastikan lebih ramai lagi warga bukan bumiputera untuk memasuki perkhidmatan ATM.

Bagaimanapun menurutnya, sambutan bagi ‘roadshow” berkenaan kurang memuaskan dan pihaknya tidak mengetahui sebab utama yang menghalang kepada penyertaan tersebut.

“Kalau nak kata tiada peluang untuk mereka (bukan bumiputera) buat advancement dalam pelajaran, ATM ada banyak skim yang mana pegawainya boleh melanjutkan pelajaran… pegawai tentera, master (sarjana) dah biasa, ada yang dah ada PHD (doktor falsafah).

“Sekurang-kurangnya mereka nak naik pangkat, mereka mesti ada Diploma dan Ijazah dalam bidang masing-masing. Kita ada beberapa institusi (tujuan pelajaran) seperti Pusat Pengajian Pertahanan Negara (Puspahanas).

“Bukan sahaja anggota di Malaysia tetapi dalam 30, 40 buah negara menghantar pegawai masing-masing untuk belajar di peringkat master di Malaysia di bawah MINDEF,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Belia Parlimen Rembau, di Dewan Agora, di sini, hari ini.

Sempena program berkenaan, sebanyak 1,000 peluang pekerjaan yang tersedia untuk dimohon pengunjung dan sijil perlindungan Skim Pekerjaan Sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah kepada Suri Rumah Berinsurans turut disampaikan oleh Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI