fbpx

KBS peruntuk RM500,000 untuk belia Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (tengah) selepas perasmian program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan RM500,000 menerusi Dana Sukan Komuniti kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan program belia setempat.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, golongan belia yang mempunyai program dan aktiviti yang bakal dijalankan boleh mengemukakan permohonan kepada JBSN bagi mendapatkan bantuan pembiayaan menerusi peruntukan terbabit.

“Hasrat kita adalah mahu fokus kepada lebih banyak pengisian aktiviti sihat buat golongan belia menerusi platform Rakan Muda. Ini adalah mandat yg telah diamanahkan kepada JBSN Pulau Pinang menganjurkan program khas buat belia di negeri ini setiap minggu.

“Peruntukan terbabit boleh digunakan dalam setengah tahun ini dan anak muda boleh manfaatkannya dan bagi yang ada program, bolehlah mohon kepada JBSN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Hannah merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Jelajah Mini Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI