fbpx

Bekas pemain bola kini jadi ‘bos’ pusat hidroterapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shazlan (kanan) mengadakan konsultasi dengan seorang pelanggan di Rayyan Medicspa di Kampung Baloh, Bukit Payung, Marang semalam.

MARANG – Kecederaan otot yang dialami sewaktu bergelar pemain bola sepak memberi idea kepada Mohd. Shazlan ­Alias untuk mengusahakan pusat rawatan hidroterapi, ­Rayyan Medicspa sejak enam bulan lalu.

Mohd. Shazlan, 34, yang juga bekas tonggak Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan berkata, sambutan terhadap pusat rawatannya itu bukan sahaja diterima dalam kalangan atlet, malah individu yang menderita penyakit kronik.

Beliau berkata, perkhidmatan ditawarkan termasuk kiroprektik (pembetulan tulang), urutan saraf, regangan dan mandian hidroterapi bertujuan mengeluarkan toksin dalam tubuh badan.

“Sewaktu mengalami kece­deraan hamstring pada 2019, saya diberi masa tujuh ming­gu untuk pulih, namun saya kembali boleh beraksi selepas seminggu mencuba kaedah hidroterapi.

“Saya mengamalkan rawatan hidroterapi selepas itu untuk menjaga kecergasan sebagai pemain bola sepak,” katanya ketika ditemui di premisnya di Kampung Baloh, Bukit Payung, di sini semalam.

Mohd. Shazlan yang turut menjulang Piala Malaysia bersama Selangor pada 2015 berkata, beliau menawarkan per­khidmatan rawatan hidroterapi selepas menggantung but pada dua tahun lalu.

Tambahnya, beliau bermula dari rumah ke rumah sebelum membuka pusat rawatan hidroterapi dengan modal RM17,000 pada awal tahun ini.

“Pusat rawatan saya dilengkapi sebuah set tangki mandian teknologi Jerman untuk kegunaan pelanggan.

“Saya dibantu isteri, Farah Syaheda Ayub, 34, yang juga ­bekas jururawat bagi menguruskan pusat rawatan ber­kenaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI