fbpx

PRN: 334 sekolah di Negeri Sembilan jadi pusat mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Sebanyak 334 buah sekolah di Negeri Sembilan akan dijadikan sebagai pusat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr. Roslan Hussin berkata, pihaknya juga memberikan kelulusan untuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk dijadikan sebagai pusat penamaan calon.

“Ia melibatkan lima PPD dan beberapa pegawai pendidikan turut menjadi Ketua Pusat Mengundi dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

“Selain itu, lebih 200 orang kakitangan Jabatan Pendidikan terlibat dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula pada hari penamaan calon sehinggalah hari mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Kolej Tingkatan 6, Forest Heights, di sini hari ini.

SPR sebelum ini mengumumkan tarikh hari pengundian bagi PRN di enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu ditetapkan pada 12 Ogos depan manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI