fbpx

Miliki kediaman yang lebih sihat dengan kerusi urut Cuckoo Bespoke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOE (dua dari kiri) dan Mee Ling (dua dari kanan) melancarkan kerusi urut CUCKOO BESPOKE baru-baru ini.

DALAM usaha mempromosikan kehidupan yang lebih sihat, jenama pencipta kediaman sihat, Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. (Cuckoo International) dan jenama terkemuka dalam industri kesejahteraan, Ogawa Malaysia, telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) bagi berpadu tenaga membangunkan kerusi urut berinovasi yang  berfokus pada kesejahteraan. 

Kerjasama strategik ini membolehkan Cuckoo International untuk mengembangkan tawaran dibawah tonggak ‘Kehidupan Sihat’. 

Ia juga merupakan salah satu tonggak kediaman sihat  Cuckoo International yang menawarkan produk  ciptaan kerjasama.

Selain daripada menandatangani MoA, acara tersebut turut menyaksikan pelancaran kerusi urut Cuckoo Bespoke.

Kerusi urut itu merupakan sebuah produk berinovasi yang mewakili sinergi kepakaran terkemuka industri kedua- dua jenama untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan menerapkan kesejahteraan ke dalam isi rumah secara lebih mudah. 

Dengan gabungan kepakaran kedua-dua jenama, kerusi urut pertama jenama pencipta kediaman sihat itu dijangka akan membantu rakyat Malaysia melegakan tubuh badan dan menjadikan kesejahteraan lebih mudah diakses dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, KC Hoe berkata, pihaknya  sangat teruja untuk bekerjasama dengan Ogawa Malaysia yang juga berkongsikan semangat dan falsafah Beyond Standards mereka bagi melangkaui batasan sedia ada untuk mencipta solusi yang akan membantu rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier. 

“Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber kami, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia  dan memperkasakan mereka untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat dan bahagia melalui inovasi yang akan  mempertingkatkan ruang kediaman mereka untuk menjadi lebih sihat,” katanya.

HOE (dua dari kiri) dan Mee Ling menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) bagi berpadu tenaga membangunkan kerusi urut berinovasi yang berfokus pada kesejahteraan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ogawa Malaysia, Datuk Lim Mee Ling menjelaskan, di Ogawa, mereka bertekad berkongsi konsep ‘Heart of Wellness’ kepada semua rakyat Malaysia dengan memperkenalkan teknologi kesihatan dan kesejahteraan yang canggih dan teruji. 

“Kerjasama kami dengan Cuckoo International bukan sahaja menandakan kejayaan baharu, tetapi juga membolehkan kami memperluaskan lagi solusi kesejahteraan kami kepada lebih ramai rakyat Malaysia melalui kerusi urut yang inovatif dan mampu milik,” jelasnya.

Dalam pada itu, kerusi urut Cuckoo Bespoke merupakan ciptaan kerjasama yang menggabungkan teknologi kesejahteraan inovatif Ogawa Malaysia, dan servis Beyond Standards Cuckoo International akan menawarkan rakyat Malaysia penyelesaian kediaman sihat yang holistik yang dijangka akan melangkaui ekspektasi. 

Antara ciri dan fungsi utama kerusi urut ini termasuk Trek SL dengan pemadanan khusus, enam program urutan, 11 tetapan jenis urutan, 30 beg udara, termoterapi 45 darjah Celcius dan graviti sifar dua peringkat. 

Kepelbagaian fungsi kerusi urut ini direka dengan pertimbangan teliti bagi membolehkan pengguna memilih mengikut keperluan dan kesesuaian mereka, dan secara langsung menjadikan kerusi urut ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Selain daripada teknologi yang berinovasinya, pengguna juga akan menerima servis berkala setiap enam bulan yang merangkumi 10 titik servis, serta perkhidmatan penukaran kulit kerusi urut sekali pada tahun ketiga tempoh servis mereka untuk memastikan kerusi urut Cuckoo Bespoke mereka sentiasa berfungsi di tahap optimum. 

Kerusi urut Cuckoo Bespoke ini menampilkan rekaan, fungsi dan servis Beyond Standards pada titik harga yang berpatutan iaitu RM139 sebulan dengan pelan sewaan. 

Ini menjadikan kerusi urut ciptaan kerjasama ini mudah diakses dan dimiliki oleh rakyat Malaysia yang ingin mempertingkatkan lagi ruang kediaman mereka untuk menjadi lebih sihat dan sejahtera.

Kerusi urut berinovasi yang mampu diakses dan dimiliki ini juga dijangka akan membantu lebih daripada 200,000 pengguna isi rumah Malaysia memiliki kehidupan yang lebih sihat dengan terapi urut yang boleh membantu pengguna rehat, melegakan tubuh badan dan mempertingkatan kesejahteraan keseluruhan mereka.

KEPELBAGAIAN fungsi kerusi urut ini direka dengan pertimbangan teliti bagi membolehkan pengguna memilih mengikut keperluan dan kesesuaian mereka.

Kerjasama dengan Ogawa Malaysia ini merupakan salah satu daripada tiga kerjasama strategik di bawah tonggak ‘Kehidupan Sihat’ Cuckoo International yang menawarkan produk kelengkapan rumah yang dibangunkan bersama dengan kepakaran industri tempatan untuk mempromosikan kehidupan yang lebih sihat. 

Terdahulu, Cuckoo International telah meraih dua perkongsian yang berjaya. 

Pada 2020, Cuckoo International telah bekerjasama dengan LSK Napure, pengeluar lateks semulajadi terbesar di Malaysia untuk melancarkan Tilam Cuckoo A-Series pada tahun 2021.

Pada 2022, Cuckoo International telah mengembangkan rangkaian produknya dengan kerjasama bersama pengeluar penyaman udara Fujiaire,  tempatan untuk melancarkan penyaman udara pintar Cuckoo Vita-S Inverter.

Dengan kerjasama strategik dan pelancaran produk terbaharu ini, tonggak ‘Kehidupan Sihat’

jenama pencipta kediaman sihat tersebut dijangka akan melanjutkan pertumbuhannya

yang telah mencatatkan pertumbuhan hasil kukuh 199.7 peratus pada RM95 juta pada tahun 2022 daripada RM31.7 juta pada tahun 2021.

Sementara itu, Hoe berkata, dia percaya bahawa pendekatan mereka dalam mengembangkan dan menyediakan penyelesaian kediaman sihat yang holistik bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier, tetapi juga akan meletakkan syarikat mereka pada trajektori yang betul untuk pertumbuhan yang ketara. 

“Selain daripada rangkaian peralatan rumah kami yang kukuh, kami percaya bahawa kerjasama strategik sebegini akan membolehkan kami  untuk mengembangkan lagi teras kami melalui penghasilan solusi kediaman baharu dan berinovatif yang boleh membantu memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI