fbpx

Syarikat penerbangan urus pengembara diberi NTL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri hari ini memutuskan supaya proses penghantaran pulang pengembara yang ditolak masuk ke negara ini (NTL) diuruskan syarikat penerbangan tanpa pembabitan pihak ketiga.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat selaras Chapter 5, Artikel 5.9 Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Chapter 5, Artikel 5.9.

Beliau berkata, kerajaan berpandangan syarikat penerbangan bertanggungjawab menguruskan penghantaran pulang termasuk urusan beri makan, minum dan tiket penerbangan balik

“Akta Imigresen 1959 dan 1963 juga disebut bahawa syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk urusan penghantaran pulang.

“Kabinet hari ini bersetuju proses penghantaran pulang ini diuruskan syarikat penerbangan tanpa melalui pihak ketiga,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini

Katanya, keputusan itu membolehkan penjagaan terhadap pengembara yang diberi NTL akan ditambah baik berbanding sebelum ini.

Saifuddin berkata, syarikat penerbangan juga perlu bertanggungjawab sebelum mengeluarkan pas berlepas dan memastikan sama ada pengembara itu sudah mempunyai tiket pulang atau tidak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI