fbpx

Tiada perubahan kerajaan dalam masa terdekat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam tadi.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan segelintir pihak yang mendakwa seolah-olah ada perubahan dalam kerajaan pimpinannya ketika ini.

Malah kata Anwar, majoriti Ahli Parlimen ketika ini tetap bersama dengan Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

“Saya sebutkan di sini, majoriti besar Ahli Parlimen adalah tetap dengan pengukuhan Kerajaan Perpaduan sehingga selesai lima tahun.

“Saya terharu dan berbangga dengan kenyataan-kenyataan daripada pimpinan yang menyatakan persediaan mereka untuk memperkukuh kerajaan.

“Secara tak langsung menolak kenyataan golongan yang terdesak, gunakan sentimen agak sempit dan agama secara melulu serta jumud,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam tadi.

Dalam pada itu, beliau yang juga Perdana Menteri memaklumkan pengumuman semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam gabungan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat selepas dimuktamadkan malam ini.

Katanya, hanya satu atau dua negeri sahaja masih belum selesai dan akan dibincangkan bersama kepimpinan parti dalam kadar segera.

“Sikit sahaja lagi kita akan selesaikan. Insha-Allah dalam dua tiga hari kita umum tarikh,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI