fbpx

Keputusan STPM 13 Julai – MPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 akan dikeluarkan pada 13 Julai (Khamis) ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula jam 11.30 pagi pada tarikh tersebut.

“Calon juga boleh membuat semakan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM mulai jam 11.30 pagi.

“Selain itu, calon boleh mendapatkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888 yang akan mula diaktifkan mulai pukul 11 pagi tarikh tersebut sehingga pukul 12 tengah hari 23 Julai,” kata kenyataan itu di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI