fbpx

KBS bakal umum inisiatif Rakan Demokrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam (tengah) menyampaikan replika cek kepada Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia yang menjadi Johan pertubuhan belia terbaik negeri Perlis di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan satu lagi inisiatif baharu di bawah program Rakan Muda dalam masa terdekat.

Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata, inisiatif itu dinamakan gaya hidup Rakan Demokrasi untuk memastikan anak muda negara sentiasa ke hadapan.

“Inisiatif gaya hidup baharu di bawah program Rakan Muda ini akan dilancarkan dalam masa terdekat sebagai satu usaha membentuk warganegara yang lebih bertanggungjawab.

“Gaya hidup Rakan Demokrasi ini akan memperkasakan program Rakan Muda menerusi 10 gaya hidup lain antaranya Rakan Aktif, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Niaga dan lain-lain,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Perlis di pekarangan Pusat Tranformasi Bandar Kangar, di sini hari ini.

Menurut Adam, mulai tahun ini, semua pembangunan belia di KBS akan diaktifkan melalui inisiatif program Rakan Muda dengan sasaran penyertaan melebihi 230,000 belia berusia 15 hingga 30 tahun.

“Semua gaya hidup ini mempunyai program spesifik yang akan mencungkil potensi belia daripada aspek pembentukan karakter, identiti, pemikiran kritis, daya kreativiti dan semangat kesukarelawan.

“KBS juga akan meningkatkan tahap kerjasama meliputi rakan strategik dan kumpulan pelaksana melibatkan badan korporat, pertubuhan belia, institusi pendidikan dan pihak lain yang bersedia meneroka sinergi baharu pembangunan belia negara,” jelasnya.

Ditanya mengenai kemungkinan mewujudkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Adam memaklumkan buat masa ini belum ada perancangan daripada kerajaan melaksanakan semula program itu.

Katanya, beliau tidak menafikan manfaat diproleh daripada PLKN, namun masyarakat juga tidak harus mengenepikan program Rakan Muda yang merangkumi pelbagai bidang secara holistik sejak tahun 1994 lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI