fbpx

8 cadangan penambahbaikan skim gaji perkhidmatan awam – Cuepacs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangan sebanyak lapan perkara untuk dipertimbangkan kerajaan dalam menyemak skim gaji perkhidmatan awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, cadangan itu adalah bagi menjamin golongan penjawat awam mempunyai kehidupan yang selesa selain perlu berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Sebelum ini Cuepacs mencadangkan bahawa kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800.

“Namun, dalam konteks kali ini, Cuepacs terbuka untuk memulakan rundingan semula dengan pasukan yang akan ditubuhkan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, antara cadangan Cuepacs ialah kenaikan gaji tahunan perlu ditambahbaik kepada RM180 termasuk kenaikan pangkat Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) pertama kepada tahun manakala KUP kedua, lapan tahun.

“Selain itu, Gred minimum Perkhidmatan Awam bermula Gred 19 dan peningkatan Gred untuk Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (PTPO) dan Pembantu Tadbir Kewangan ke Gred 29.

“Kerajaan juga hendaklan mengkaji Sistem Saraan setiap lima tahun sekali dan meningkatkan elaun Bantuan Sara Hidup (COLA),” ujarnya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, antara lain, Imbuhan Tetap Perumahan perlu ditambah menjadi RM450 serta memperkenalkan elaun bandaraya sebanyak RM500.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan skim gaji perkhidmatan awam akan disemak semula dalam Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan bagi memastikan penjawat awam menerima gaji dan upah yang setimpal dengan kerja keras mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syor penelitian semula skim gaji perkhidmatan awam itu dibuat selepas mempertimbangkan tiada kenaikan diberikan bagi suatu tempoh agak lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI