fbpx

Saya ingat Che’gubard saja yang koyak – Lokman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Lokman (tengah) ketika menyertai program wacana anjuran sebuah organisasi media, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menafikan beliau menyertai program wacana anjuran sebuah organisasi media beberapa hari lalu kerana dihantar oleh UMNO.

Ketua Pengarah Media Perpaduan itu mendakwa, beliau hadir ke program tersebut atas jemputan wartawan organinasi berkenaan meskipun beliau menganggapnya sebagai kubu kuat Perikatan Nasional (PN).

“Saya nak beritahu parti tidak hantar saya. Saya diundang oleh wartawan. Dia jemput, kita hadir. Kita hadir walaupun kita tahu itu kubu PN,” dakwanya menerusi satu rakaman video yang di muat naik di laman Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, Lokman menyifatkan ‘bos’ media tersebut sebagai ‘koyak’ apabila menuduh beliau dihantar oleh partinya bagi menyertai wacana tersebut.

Beliau turut mendakwa telah berjaya memerangkap organisasi media itu untuk secara tidak langsung mengakui bahawa organisasi media tersebut bias melalui wacana berkenaan.

Program wacana itu turut disertai Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gubard. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI