fbpx

Kerabu mangga Lisa Blackpink terkenal, laku ‘keras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lisa menjadi pencetus kepada populariti kerabu mangga di Thailand ketika ini. – AFP/Instagram lalalalisa_m

BANGKOK  –  Populariti kerabu mangga melonjak di Thailand dengan kebanyakan kedai makan mengaku menerima banyak pesanan selepas anggota kumpulan K-Pop terkenal, Lisa Blackpink memuat naik gambar hidangan tersebut di laman Instagram.

Laman berita VNExpress melaporkan, Lisa memuat naik gambar makanan itu di laman Instagram bersama keterangan: “Kerabu mangga asli dari Thailand.”

Meskipun hantaran itu hanya boleh dilihat dalam masa 24 jam, ia mencetuskan trend di Thailand  dengan banyak aplikasi penghantaran makanan memaparkan menu kerabu mangga telah habis dijual di seluruh negara.

Di sebuah kedai  menjual kerabu betik atau somtam di Bangkok, seorang peniaga memberitahu akhbar Khaosod bahawa hidangan kerabu mendapat sambutan luar biasa selepas Lisa memuat naik gambarnya.

Peniaga-peniaga terpaksa menyediakan lebih banyak buah mangga, betik, ikan pekasam dan tomato bagi memenuhi permintaan yang melambung tinggi.

Seorang peniaga dikenali sebagai Sri Sukjai berkata, dia kini sibuk menyediakan bahan-bahan untuk membuat kerabu selepas ia menjadi popular secara tiba-tiba.

Menurutnya, apabila pembeli memesan kerabu mangga, dia akan bertanya sama ada mereka mahukan resipi asal (resipi kedai) atau hidangan  sama seperti dikongsikan oleh  Lisa. Kebanyakan pembeli memilih kerabu yang sama seperti dimakan oleh penyanyi itu.

Kerabu mangga atau som tam mamuang merupakan hidangan tradisional Thailand di mana ia mempunyai pelbagai variasi.

Namun, bahan utama  kebiasaannya terdiri daripada mangga yang belum masak (mangga hijau), udang kering, bawang putih, cili, kacang tanah, sos ikan, perahan asam jawa, air limau, gula dan daun ketumbar.

Namun, versi yang dimuat naik oleh Lisa turut mengandungi tomato dan lobak merah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI