fbpx

39 kawasan air terjun, sungai di Kedah berisiko kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Muaz (kiri) bersama pegawainya melakukan tinjauan di Kawasan Peranginan Seri Perigi di Yan, Kedah hari ini.

YAN – Sebanyak 39 kawasan rekreasi air terjun dan sungai di negeri ini dikategorikan sebagai lokasi berisiko tinggi berlaku kejadian kepala air dan banjir kilat.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusoff berkata, Baling menjadi daerah paling banyak lokasi berisiko membabitkan 11 kawasan antaranya Lata Celak di Iboi; Lata Bukit Hijau, Lata Baling, Lata Bayu, Kuala Kedua dan Teratak Simpul.

“Di Yan, sebanyak enam kawasan terlibat iaitu Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi, Air Terjun Batu Hampar, Taman Rekreasi Sungai Badak, Sungai Bukit Kuari dan Puteri Mandi.

“Sementara di Sik, terdapat lima lokasi berisiko iaitu Lata Mengkuang, Pusat Peranginan Rimba Taqwa, Lata Charok Rambai, Lata Batu Hampar Hujung Bandar dan Sungai Viral,” katanya pada sidang akhbar di Air Terjun Seri Perigi di sini hari ini.

Menurutnya, daerah Langkawi dan Kulim pula masing-masing mempunyai empat lokasi berisiko antaranya Lubuk Semilang, Durian Perangin, Lata Bukit Hijau dan Pusat Rekreasi Air Putih Junjung.

“Seterusnya tiga lokasi di daerah Kuala Muda iaitu Air Terjun Batu Pahat, Damai Park Resort dan Pusat Peranginan Tapah, diikuti dua di Padang Terap iaitu Taman Eko Rimba Puncak Janing dan Air Terjun Sungai Seraya, manakala dua lokasi berisiko di Kubang Pasu adalah Perangin Bukit Wang dan Sungai Batu, seterusnya masing-masing satu lokasi di Pendang dan Bandar Baharu,” katanya.

Tambahnya, semua kawasan yang dikategorikan sebagai ‘hot spot’ itu sememangnya tidak selamat untuk dijadikan tempat beriadah buat masa sekarang dan orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengunjungi kawasan rekreasi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI