fbpx

25 peratus jalan rosak di Selangor siap diturap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham ketika ditemui pemberita selepas meninjau projek menaik taraf Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Sebanyak 25 peratus daripada 118 jalan rosak di seluruh Selangor selesai dibaik pulih menerusi projek Turapan Jalan Mega setakat hujung bulan lalu.

Kesemua laluan itu rata-ratanya melibatkan jalan negeri di kesemua sembilan daerah termasuk sekitar Petaling Jaya dan bandar raya ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim berkata, projek penurapan jalan bagi fasa pertama melibatkan 17 jalan didapati hampir siap 94 peratus setakat ini.

Katanya, bagi fasa kedua, sebanyak 25 projek penurapan dilaksanakan dengan kemajuannya setakat ini mencapai 40 peratus.

“Fasa ketiga pula kini mencapai 14 peratus melibatkan penurapan jalan sebelum diteruskan sehingga fasa keempat dan kelima yang dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.

“Turapan berjumlah RM50 juta itu melibatkan empat agensi iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Semuanya hanya melibatkan jalan di bawah kerajaan negeri dan bukannya Jalan Persekutuan, ” katanya selepas meninjau projek menaik taraf Persiaran Mokhtar Dahari di sini, hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan projek itu merupakan peruntukan tambahan yang diperoleh kerajaan negeri daripada Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)

Tambah Izham, kebanyakan penurapan jalan itu di bawah PBT dengan melibatkan sebanyak 40 projek.

“Sehingga kini, sejumlah 17 daripadanya telah siap sepenuhnya manakala bakinya masih dalam proses pelaksanaan. Jalan itu antaranya tiga jalan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dua jalan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan masing-masing satu projek di setiap PBT,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI