fbpx

Polis buru lelaki ragut rantai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN CCTV memaparkan suspek menunggang sebuah motosikal di Mentakab.

TEMERLOH – Polis memburu seorang lelaki yang meragut rantai leher emas seorang guru wanita di hadapan sebuah pasaraya di Jalan Mok Hee Kiang, Mentakab di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.07 tengah hari itu, mangsa berusia 49 tahun bersama anaknya yang sedang berjalan ke arah keretanya selepas membeli barang diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) suspek didapati menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 berwarna biru putih dengan memakai jaket lengan panjang warna hitam serta topi keledar warna kelabu.

“Akibat kejadian mangsa mengalami kerugian kira-kira RM30,000 apabila rantai leher emas dengan berat anggaran 80 gram yang dimiliki wanita itu sejak 25 tahun lalu diragut suspek.

“Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan segera meninggalkan lokasi kejadian sebelum membuat satu laporan polis di Balai Polis Mentakab pada pukul 1.40 tengah hari semalam,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI