fbpx

Ivan-Rachel naib juara Kejohanan Beregu Campuran Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IVAN (kanan) dan Rachel (tengah) akur tewas 0-2 kepada Harinder-Dipika pada Kejohanan Skuasy Beregu Campuran Asia di Hangzhou, China kelmarin.

HASRAT Malaysia untuk meraih status juara Asia pada Kejohanan Skuasy Beregu Campuran Asia tidak kesampaian selepas Ivan Yuen-Rachel Arnold tewas di final yang berlangsung di Hangzhou, China kelmarin.

Walaupun turun selaku pilihan kedua tetapi Ivan-Rachel terpaksa akur tewas 0-2 dengan keputusan 10-11, 8-11 kepada beregu India, Harinder Pal Singh-Dipika Pallikal yang merupakan pilihan ketiga kejohanan.

Kekalahan itu membuktikan barisan pemain skuasy negara masih perlu bekerja keras memperbaiki ruang jika mahu membawa pulang pingat emas beregu campuran pada Sukan Asia Hangzhou, September depan.

Ini kerana Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) mele­takkan sasaran meraih dua pi­ngat emas Sukan Asia Hangzhou dengan harapan salah satunya hadir menerusi perseorangan lelaki, Ng Eain Yow.

“Ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran buat semua pemain. Kami akan pulang dan kaji semula agar lebih bersedia apabila turun ke Sukan Asia nanti,” kata Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam.

Harinder-Dipika pastinya menjadi calon utama untuk menjuarai beregu campuran Sukan Asia nanti selepas mereka turut menewaskan Muhammad Syafiq Kamal-Aifa Azman di peringkat separuh akhir sebelum ini.

Bagaimanapun, Syafiq-Aifa bangkit menebus kekecewaan tersebut dengan meraih tempat ketiga Kejohanan Beregu Campuran Asia selepas menewaskan satu lagi pasangan India, Abhay Singh-Anahat Singh 11-8, 11-10.

Sebagai rekod, satu lagi wakil negara yang turut beraksi pada kejohanan itu, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar-Noor Ainaa Amani Ampandi terkandas di peringkat suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI