fbpx

Ibu, anak menangis terlepas tali gantung kes edar kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDUA-DUA tertuduh menangis sambil memeluk ahli keluarga mereka selepas dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Dua beranak berpelukan sambil menangis teresak-esak selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan kedua-duanya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, empat tahun lalu.

Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan membabitkan tertuduh, Sharon Farnell, 52, dan anak perempuannya, Theresa Kennedy, 26.

Mengikut kesimpulan kehakiman yang dibacakan, keputusan itu dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie yang ditimbulkan terhadap dua beranak berkenaan.

Katanya, terdapat percanggahan dalam kenyataan saksi pendakwaan yang dikemukakan, selain pihak pendakwaan juga gagal membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan.

Jelasnya, ia tidak dapat diketepikan terdapat individu lain yang mempunyai akses terhadap kedai yang merupakan lokasi rampasan bahan terlarang itu.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis berat kasar 280.7 gram di premis De Reggae Cafe & Craft, Jalan Laksamana Melaka pada 24 April 2019 lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau sebat minimum 15 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof, manakala dua beranak itu diwakili peguam Haresh Mahadevan.

Seramai lapan saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada 18 September 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI