fbpx

PRN: PN yakin tawan enam negeri walau tiada KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saiful (dua dari kiri) ketika menziarahi seorang pesakit kencing manis di Sungai Dua, Seberang Perai Utara hari ini.

SEBERANG PERAI – Parti Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti meskipun bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak menyertai parti itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, meskipun begitu pihaknya amat berharap Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau itu menyertai PN selain mendapat sokongan penuh dalam kalangan ahli.

“Sekarang keputusannya di pihak Khairy, sudah tentu saya sebagai orang yang sudah lama mengikuti ketokohan beliau, saya mengharapkan beliau boleh bersama dengan kita (PN).

“Meskipun begitu, beliau bersama dengan kita atau tidak, kita tetap akan menang dalam PRN di 6 negeri nanti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah pesakit kencing manis di Sungai Dua, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menambah, setakat ini tiada perkembangan lanjut mengenai keputusan pelawaan tersebut dan menyerahkan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi dan pihak Khairy untuk mencapai kata sepakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI