fbpx

Pengguna LTU ke Pantai Timur tidak perlu melalui Bandar Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara laluan di LTU yang akan dibuka sebelum sambutan Aidiladha minggu hadapan.

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) terutamanya yang akan pulang ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha boleh menarik nafas lega apabila tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas di Bandar Raub.

Ini kerana kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, laluan di Pakej 5B dan Pakej 5A (Persimpangan Krau) di LTU akan dibuka sebelum sambutan Aidiladha minggu hadapan.

Jelasnya, dengan pembukaan laluan tersebut ia akan memendekkan perjalanan dari Simpang Keruntung ke Simpang Krau dengan jarak perjalanan hanya 18.6 kilometer yang mengambil masa 15 minit sahaja.

“Kerja-kerja akhir sebelum pembukaan jalan Persimpangan Krau (Raub) sempena perayaan Aidiladha.

“Pengguna tidak perlu lagi melalui Bandar Raub dengan jarak perjalanan melebihi 30 km dan mengambil masa lebih 45 minit,” tulisnya di laman Facebook.

Abdul Rahman berkata, pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meminta JKR menyegerakan pembukaan yang sepatutnya siap pada Disember 2023.

“Alhamdulillah berkat kerja keras semua jalan ini dapat dilalui sebelum Aidiladha.

“Kepada semua pengguna LTU yang akan balik kampung ke Pantai Timur, sama-sama kita tunggu pengumuman pembukaan jalan sedikit masa lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI