fbpx

Anak petani dilamar dengan mas kahwin lebih RM311,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurmainna merupakan graduan sarjana kedoktoran dari Universiti Halu Oleo. – Istimewa

JAKARTA  – Seorang anak petani di Kolaka Utara, wilayah Sulawesi Tenggara mendapat perhatian orang ramai kerana menerima lamaran seorang lelaki yang menetapkan mas kahwin berjumlah 1 bilion rupiah (RM311,145), lapor laman berita Merdeka semalam.

Wanita dikenali sebagai Nurmainna itu dilamar oleh lelaki bernama Fitra Yudi. Dia menetapkan jumlah mas kahwin tersebut  di samping sebuah rumah dua tingkat berharga 4.5  bilion rupiah (RM1.4 juta), 40 gram emas serta telefon bimbit jenama iPhone.

Majlis pertunangan graduan sarjana kedoktoran daripada  Universiti Halu Oleo di Kendari itu berlangsung pada 18 Jun lalu.

Pengacara majlis pertunangan, Athy Lowa mengesahkan nilai mas kahwin tersebut selepas ia tular dan menjadi buah mulut orang ramai sambil menambah, dia merupakan anak saudara Nurmainna.

“Benar maklumat itu. Kebetulan, saya adalah pengacara majlis tersebut yang juga mempunyai talian persaudaraan dengan Nurmainna,” katanya.

Nurmainna merupakan anak kepada seorang petani, Abidin, manakala ibunya, Rapida, menjalankan perniagaan sendiri.

Bakal suaminya pula merupakan pemilik sebuah syarikat serta calon anggota badan perundangan Kolaka Utara. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI