fbpx

Pendaftaran bantuan eBeliaRahmah dibuka Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 menerusi program eBeliaRahmah mulai Isnin depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023.

Susulan itu, katanya, kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

“Kerajaan memperuntukkan RM400 juta bagi program eBeliaRahmah di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan seramai dua juta belia yang layak.

“Selain bertujuan untuk terus memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka.

“Tambahan lagi, ini juga merupakan peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI