fbpx

Tiga didakwa komplot tipu tuntutan insurans kemalangan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erhanhazwan (depan) dan Hamidah (belakang) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam. - Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Tiga individu termasuk pemandu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang berkomplot dalam tuntutan insurans kemalangan kenderaan berjumlah RM4,988.19 pada dua tahun lalu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Kesemua tertuduh iaitu Hamidah Buang, 40, Erhanhazwan Hasim, 38 dan Ali Mochammad, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Hamidah yang merupakan pemilik bengkel kereta telah memperdayakan seorang ejen sebuah syarikat insurans mengenai borang laporan kemalangan kenderaan seorang wanita berjumlah RM4,899.19 dengan mengemukakan butir matan palsu termasuk borang itu ditandatangani sendiri.

Manakala Erhanhazwan yang merupakan pemandu JKKN Selangor bersama Ali yang bekerja sebagai peniaga bersubahat dengan Hamidah untuk tujuan sama.

Perbuatan itu dilakukan kesemua tertuduh di sebuah premis di Batu 16 Jalan Ipoh, Gombak pada 9 Mac 2021.

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin sementara Hamidah diwakili
Peguam Shalehuddin Salam.

Dua lagi tertuduh iaitu Erhanhazwan dan Ali pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan masing-masing RM4,000 dan RM5,000 bersama seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM pada awal setiap bulan.

Sebutan semula kes bagi semua tertuduh ditetapkan 26 Julai depan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI