fbpx

Jangan biar UMNO serang badan kehakiman negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada unsur jenayah rasuah membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah tepat bagi mempertahan kebebasan badan kehakiman negara.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau bersetuju dengan penjelasan tersebut dan berpendirian bahawa serangan terhadap badan kehakiman perlu dihentikan.

“Penjelasan Perdana Menteri (Anwar) adalah 100 peratus betul dalam perkara ini. Beliau mesti terus menentang serangan terhadap badan kehakiman yang dilakukan UMNO.

“Kita tidak boleh biarkan UMNO mencemarkan nama baik badan kehakiman negara,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story miliknya hari ini.

Terdahulu, Anwar pada persidangan Dewan Negara, memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dalam kes membabitkan Mohd. Nazlan yang turut dipersetujui Jabatan Peguam Negara.

Penjelasan itu dibuat susulan Mohd. Nazlan sebelum ini didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika mengendalikan kes SRC International Sdn. Bhd. melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, dalam perkembangan berbeza, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menuntut penubuhan sebuah tribunal kehakiman bagi menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Mohd. Nazlan mengikut Artikel 125, Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Anwar perlu melihat semula fakta membabitkan Mohd. Nazlan, demi memberi keadilan kepada Najib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI