fbpx

Isu transisi doktor kontrak ke jawatan tetap akan diselesaikan – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan proses transisi jawatan doktor kontrak ke jawatan tetap akan diselesaikan dan tempat lama mereka akan diganti dengan segera.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya akan mempertimbangan pergantian itu terutama kekosongan tempat yang ditinggalkan doktor kontrak sebelum ini.

“Bila masuk penempatan daripada doktor pelatih (housemen) kepada pegawai perubatan tetap, ia tentu ada penggantian selepas itu, jadi InshaAllah semua itu akan kita pertimbangkan.

“Kemaslahatan petugas kita, kita ambil prihatin,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Katanya, Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang ditubuhkan sebelum ini kerap mengadakan sesi libat urus dengan beberapa kementerian dan pihak berkaitan bagi melihat secara mendalam isu doktor kontrak.

Dr. Zaliha berkata, hasil libat urus itu belum dibentangkan kepada Kabinet dan jawatankuasa itu telah melihat semua permasalahan yang timbul berkaitan isu yang dibangkitkan.

“Jadi saya tidak rasa kita akan meminggirkan doktor-doktor kontrak ini,” katanya.

Sebelum ini, Hartal Doktor Kontrak (HDK) memberi amaran masalah kekosongan jawatan yang tidak diisi di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.

Masalah ini semakin meruncing jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera menyelesaikan isu perjawatan petugas perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI