fbpx

Beg mini lebih kecil daripada sebutir garam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiz beg ini lebih kecil berbanding sebutir garam. - MSCHF

WASHINGTON – Sebuah studio reka bentuk produk berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), MSCHF menghasilkan sebuah beg tangan mini yang hanya boleh dilihat secara jelas menggunakan kanta pembesar, lapor akhbar New York Post kelmarin.

MSCHF mengecilkan beg tote menyerupai beg keluaran jenama mewah, Louis Vuitton, OnTheGo yang bersaiz 35 x 27 x 14 sentimeter menjadi 657 x 222 x 700 mikrometer.

“Kami bekerjasama dengan beberapa syarikat bioteknologi untuk mencipta beg itu menggunakan proses stereolitografi yang biasa digunakan untuk membuat struktur bioteknologi mekanikal yang kecil,” kata MSCHF dalam satu kenyataan.

Beg itu hanya boleh dilihat jelas menggunakan mikroskop. – MSCHF

Beg berwarna hijau berbentuk segi empat tepat itu mempunyai rupa lut sinar yang boleh dilihat di bawah lampu latar mikroskop kerana saiznya lebih kecil berbanding sebutir garam. 

Ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner membangunkan beg kecil itu untuk menyindir trend pembikinan beg tangan yang kian mengecil.

Beg tangan itu akan dipamerkan di dalam sebuah bekas gel tertutup di bawah mikroskop secara eksklusif dalam satu acara lelongan, Just Phriends yang akan diadakan pada 19 Jun ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI