fbpx

Penduduk Kampung Insaf tuntut janji penempatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 17 wakil penduduk Kampung Insaf, Lanchang menyerahkan memorundum menuntut janji penempatan baharu kepada wakil Menteri Besar Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

KUANTAN – Seramai 17 wakil penduduk Kampung Insaf, Lanchang, hadir ke pekarangan Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang, bagi menghantar memorundum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menuntut kerajaan negeri yang berjanji untuk memberikan mereka penempatan baharu menggantikan penempatan sebelum ini yang kerap dilanda banjir.

Seorang penduduk, Noor Samsi Amiruddin, 50, berkata, janji terbabit telah diberikan sejak banjir semakin teruk di kampung berkenaan pada 2004.

Noor Samsi yang bekerja kampung berkata, boleh dikatakan setiap tahun kampung tersebut dilanda banjir serta menjejaskan rumah penduduk terlibat dan setiap kali itu juga mereka dijanjikan dengan penempatan baharu.

“Sudah 19 tahun kami menunggu untuk ditempatkan di penempatan baharu dan kami sudah tidak tahan lagi setiap kali terpaksa menanggung kerugian akibat banjir berkenaan.

“Sampai sekarang tiada apa. Bila banjir, ada janji, habis banjir, hilang janji. Bukan wang ringgit, kami harapkan penempatan baharu demi anak-anak,” katanya yang mempunyai tiga orang anak.

Seorang lagi penduduk, Maziah Mohamad, 50, boleh dikatakan setiap kali banjir kerugian yang terpaksa ditanggung adalah sekitar RM10,000.

“Setiap kali banjir rumah saya terlebih dahulu akan dikepung air. Sejak dari 2014 ia semakin teruk sehingga terpaksa berpindah ke penempatan sementera di dewan.

“Mereka (kerajaan negeri) sudah lama tahu perkara ini. Bukan perkara baharu. Saya memang berharap sangat dapat penempatan baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI