fbpx

Lelaki ‘lembut’ didenda RM2,500 rakam remaja buang air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Padah merakam video seorang remaja lelaki sedang membuang air besar, seorang lelaki homoseksual didenda RM2,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Zaiton Anuar selepas tertuduh Raychai Darak, 29, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 1.19 petang pada 12 Jun.

Berdasarkan fakta kes, mangsa, 19, yang merupakan penuntut di sebuah institusi kemahiran sedang membuang air besar di dalam tandas di sebuah pusat beli-belah di sini, sebelum terlihat satu tangan memegang telefon bimbit mengambil gambar atau merakam videonya.

Dia kemudian segera keluar dan secara kebetulan berjumpa pengawal keselamatan yang berada di tandas berkenaan lalu memaklumkan kejadian terbabit yang terus menahan tertuduh serta melaporkan kepada polis.

Hasil siasatan, tertuduh merupakan seorang lelaki lembut, mengaku merakam video terbabit dan berminat dengan kaum sejenisserta turut menyerahkan sendiri telefon bimbitnya sebagai bahan bukti kejadian kepada polis.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI