fbpx

Liverpool intai khidmat Valverde

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VALVERDE (depan) berjaya menarik minat Klopp sejak tahun lalu dan Real sedia mempertimbangkan potensi perpindahan jika menerima tawaran terbaik. – AFP

MADRID – Real Madrid dilaporkan bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Liverpool untuk melepaskan pemain te­ngahnya, Faderico Valverde yang diburu oleh Jurgen Klopp sejak tahun lalu.

September tahun lalu, Klopp mendedahkan bahawa beliau begitu kagum dan sangat meminati aksi Valverde yang dianggap memiliki kualiti luar biasa, namun spekulasi berkenaan dinafikan oleh Real ketika itu.

Presiden Real, Florentino Perez ketika ini masih belum mengadakan rundingan bersama Liverpool, namun didakwa tidak menolak sebarang kemungkinan mengenai potensi perpindahan pemainnya itu.

Perez pernah mendedahkan bahawa Valverde merupakan pemain yang sangat diperlukan oleh Real menyebabkan pemain itu cuba memanipulasi situasi dengan mendesak supaya kontrak baharu lebih lumayan diberikan kepadanya.

Bagaimanapun, sehingga kini kontrak baharu masih belum diputuskan dan Real tidak keberatan untuk melepaskan Valverde selepas mereka berjaya mendapatkan tandatangan Jude Bellingham.

Laporan turut menyebut bahawa Real telah menerima tawaran pertama daripada Li­verpool, namun belum disahkan sejauh mana kebenarannya.

Klopp percaya bahawa Liverpool memerlukan beberapa pemain baharu untuk memastikan mereka tampil lebih berkualiti dan Valverde yang berusia 24 tahun dianggap antara pemain yang sesuai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI