fbpx

Pemuda jatuh hati dengan nenek biarpun jarak usia 35 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi oleh Rokiah bersama suaminya, Mohammad Amin, di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Cinta tidak mengenal usia. Itulah perumpaan yang tepat buat sepasang suami isteri yang membina mahligai perkahwinan walaupun jarak usia mereka adalah 35 tahun.

Bermula perkenalan di TikTok pada Oktober 2021, Mohammad Amin Jumdail, 28, telah mengambil langkah pertama dengan terbang ke Semenanjung untuk bertemu dengan Rokiah Samat, 62, buat kali pertama.

Mohammad Amin yang berasal dari Sabah itu kemudiannya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada bulan Jun 2022 bersama wanita kelahiran Kelantan itu.

Pada bulan September 2022, mereka mendirikan mahligai perkahwinan walaupun ketika itu Rokiah telah mempunyai 11 anak, 22 cucu serta seorang cicit.

Perkongsian video mereka di TikTok kini mendapat lebih 2 juta tontonan, 44,100 tanda suka dan 18,400 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut dan menganggap jodoh itu merupakan ketentuan Ilahi walaupun jarak usia yang besar.

“Jodoh dan ajal semua aturan Allah. Dan cinta tidak pernah kenal usia. Kesimpulannya kita tidak boleh mempertikai atau menidakkan takdir Allah. Ingat tu,” komen Dee.

“Alhamdulillah semoga berbahagia ke syurga. Muka pun sama, memang jodoh. Jodoh saya mungkin sesat lagi,” komen Lyn.

“Mula-mula aku pun tak percaya. Tetapi aku sendiri pun berjodoh dengan yang muda daripasa aku, lima tahun. Jodoh pertemuan semua rahsia Allah,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI