fbpx

Malaysia catat jumlah dagangan bernilai RM2.8 trilion tahun lalu – DOSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM2.8 trilion dengan nilai eksport RM1.6 trilion dan import bernilai RM1.3 trilion pada tahun lalu.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan hari ini berkata, prestasi eksport Malaysia pada tahun lalu bernilai RM1.6 trilion meningkat sebanyak 25 peratus berbanding RM1.2 trilion pada tahun sebelumnya.

Katanya, manakala bagi prestasi import pada tahun lalu bernilai RM1.3 trilion, meningkat 31.3 peratus berbanding RM987.3 billion pada tahun sebelumnya.

“Tujuh negeri yang mencatatkan peningkatan dua digit bagi eksport dan import pada tahun lalu ialah Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Sarawak, Kedah, Johor, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah seperti yang dilaporkan hari ini dalam Statistik Perdagangan Malaysia Mengikut Negeri 2023,” katanya di sini.

Ujarnya, eksport tertinggi dicatatkan di Pulau Pinang pada RM107.7 bilion iaitu 30.3 peratus peratus ia diikuti Johor (RM84.7 bilion, 35.2 peratus), Sarawak (RM45.4 bilion, 52.7 peratus), Selangor (RM22.4 bilion, 8.8 peratus), Kedah (RM14.4 bilion, 36.1 peratus), Sabah (RM8.8 bilion, 27.0 peratus) dan W.P. Labuan (RM8.2 bilion, 75.3 peratus).

“Manakala WP Kuala Lumpur mencatatkan (RM2.9 bilion, 4.5 peratus), Pahang (RM2.9 bilion, 8.9 peratus), Negeri Sembilan (RM2.2 bilion, 9.4 pertatus), Melaka (RM1.2 bilion, 4.1 peratus), Kelantan (RM1.2 bilion, 42.1bperatus), Perlis (RM392.1 juta, 34.2 peratus) dan Terengganu (RM325.7 juta, 1.9 peratus) dengan eksport Perak menyusut RM2.2 bilion atau 5.6 peratus kepada RM37.1 bilion,” jelasnya.

Jelasnya, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.9 peratus, diikuti oleh Johor (21 peratus) dan Selangor (17.8 peratus).

“Pertumbuhan eksport disokong oleh eksport litar elektronik bersepadu yang kukuh di Pulau Pinang dan Selangor. Di samping itu, keluaran petroleum bertapis merupakan penyumbang utama eksport di Johor,” katanya.

DOSM juga turut memaklumkan, import tertinggi direkodkan di Johor iaitu RM96.3 bilion, 49.7 peratus disusuili Pulau Pinang (RM61.1 bilion, 26.4 peratus), Selangor (RM56.0 bilion, 20.2bperatus), Kedah (RM16.2 bilion, 28.0 peratus), Melaka (RM15.6 bilion, 61.4 peratus), WP Kuala Lumpur (RM15.5 bilion, 21. peratus), dan Negeri Sembilan (RM12.9 bilion, 41.2 peratus),

“Manakala, Sarawak (RM10.8 bilion, 46.0 peratus), Pahang (RM7.3 bilion, 47.7 peratus), Perak (RM4.8 bilion, 14.9peratus), Sabah (RM2.1 bilion, 25.8 peratus), WP Labuan (RM1.4 bilion, 71.2 peratus), Terengganu (RM1.1 bilion, 21.9 peratus), Perlis (RM425.0 juta, 50.9 peratus) dan Kelantan (RM191.0 juta, 9.9 peratus).

“Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan 25.7 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (22.6 peratus) dan Johor (22.4 peratus),” tambahnya.

Katanya, import yang tinggi dicatatkan di Selangor disumbangkan oleh barangan elektrik dan elektronik lain, selain litar elektronik bersepadu penyumbang utama import Pulau Pinang manakala petroleum bertapis di Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI