fbpx

Keluarga selebriti bikin ‘panas’ industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMEERA, Ira dan Aryan antara keluarga selebriti yang pernah mencetuskan kontroversi dalam industri seni.

SEJAK tiga minggu lalu, nama anak selebriti terkenal, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona tidak henti-henti menjadi mangsa buli siber netizen.

Semuanya disebabkan imej seksi dan gaya hidup yang dipaparkan Leona dalam media sosialnya.

Pucuk muda itu yakin, hidupnya tidak seinci pun akan terjejas dek kecaman selain memberi ingatan, isu seksinya tidak lagi dijadikan ‘pelaris’ cerita.

Kisah ‘panas’ Leona sebenarnya secebis daripada tempias populariti yang lazim berlaku kepada anggota keluarga
selebriti popular.

Minggu ini, HibGlam memetik empat darah daging selebriti terkenal yang memanaskan radar kontroversi tanah air dengan onar masing-masing

Ameera Khan (Neelofa)

SEBUT sahaja Neelofa, automatik terbayang beberapa ahli keluarganya yang turut menjadi bualan ramai.

Seorang daripada mereka pastinya Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan yang sering terkait imej mencolok mata.

AMEERA KHAN

Baik semasa berhijab atau tidak, hampir setiap busana digayakannya, ada sahaja mata yang kurang senang.

Dia bagaimanapun kekal dengan pendirian tidak mengambil peduli tentang semua komen negatif apatah lagi ‘bertekak’ dengan netizen dalam media sosial.

Bukan sahaja fesyen, dia juga kerap dikaitkan dengan kisah cinta bersama beberapa selebriti lelaki termasuk aktor Indonesia, Jefri Nicol.

Sehingga hari ini, kedua-duanya tidak pernah mengulas lanjut mengenai spekulasi tersebut.

Ira Kazar (Kazar)

SUATU ketika dulu, Ira Kazar pernah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video bergelek dalam media sosial.

Bukan sekali tetapi beberapa kali dia menjadi bahan bualan ramai kerana video gelekan mautnya itu.

Reda kontroversi video gelek, namanya kembali dan menjadi antara individu yang paling banyak disebut sejak dua tahun lalu selepas dikaitkan dengan pengarah Syamsul Yusof.

IRA KAZAR

Namun, segala persoalan terjawab apabila Syamsul mengakui sudah bernikah dengan Ira di Thailand pada Januari lalu.

Bukan sahaja Ira, ledakan kontroversi Syamsul, Sarah turut terpalit ke muka Kazar sehingga ada yang mahu memboikot karier dramatis hebat itu.

Aryan Khan (Shah Rukh Khan)

PADA Oktober 2021, dunia hiburan Bollywood dikejutkan dengan penahanan anak figura terkenal, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan atas tuduhan memiliki dadah.

Aryan ditahan bersama beberapa pengunjung lain di atas sebuah kapal layar mewah pada Oktober 2021 dengan pertuduhan memiliki dadah.

Selepas penangkapan, Aryan terpaksa meringkuk selama tiga minggu di penjara sebelum bebas dengan jaminan.

ARYAN KHAN

Biro Kawalan Narkotik (NCB) juga menggugurkan pertuduhan kes dengan menyatakan, tiada dadah ditemui pada Aryan.

Biarpun terlibat dengan jenayah besar, dia mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan rakan artis bapanya.

Demi ‘menyelamatkan’ anak tersayang dan menjaga reputasi, Shah Rukh Khan didakwa menggunakan pengaruhnya dengan ‘memujuk’ badan kehakiman menggugurkan kes Aryan.

Lourdes Leon (Madonna)

ANAK perempuan diva tersohor, Madonna iaitu Lourdes Leon mencuri perhatian ramai apabila dengan selama hadir ke acara Met Gala 2021 dengan ketiak berbulu dan tidak bercukur.

Bukan dilakukan secara kebetulan, Leon dikatakan sengaja menunjukkan sikap pengotornya di hadapan khalayak ramai.

LOURDES LEON

Aksi mempamerkan ketiak yang tidak dicukur tersebut bukan pertama kali berlaku dalam hidup dua beranak itu.

Sekitar 2018, aksi hampir serupa dilakukan Madonna kerana ingin kelihatan berbeza daripada wanita lain

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI