fbpx

Hard Rock Cafe Ipoh dibuka Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (tengah) pada majlis prapelancaran Hard Rock Cafe di Tasik Cermin, Ipoh dekat Perak semalam

IPOH – Kafe hiburan terkenal, Hard Rock Cafe dijangka membuka premis kelima di bandar raya ini sekali gus menjadi satu lagi tarikan baharu di Perak pada hujung tahun ini.

Pembukaan cafe ini meletakkan bandar raya Ipoh dalam senarai lokasi Hard Rock Cafe selepas Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pembukaan kafe ini mampu meningkatkan jumlah pelancong terutama antarabangsa disebabkan kedudukannya di tengah antara utara dan selatan.

“Kita sasarkan melalui strategi dan perancangan Ipoh akan menjadi Bandar Pelancongan Utama Negara pada 2025. Salah satu strateginya adalah dengan menarik jenama-jenama antarabangsa untuk beroperasi di sini.

“Kita akan gerakkan kawasan di tengah Semenanjung sebagai lokasi pelancongan berasaskan eko-pelancongan dan kesenian. Kita dalam proses mendapatkan pengiktirafan Ipoh sebagai bandar kreatif di bawah bidang seni dan muzik di bawah UNESCO,” katanya pada majlis soft-lauch Hard Rock Cafe Ipoh di sini, semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI