fbpx

Liga Super: Sri Pahang lakar kemenangan dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain dan kejurulatihan skuad Tok Gajah meraikan kejayaan menewaskan NSFC 4-3 sebentar tadi. - Foto ihsan Sri Pahang

PASUKAN Sri Pahang mempamerkan kebangkitan dramatik selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-3 pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Tok Gajah tergamam apabila pasukan pelawat bijak menyudahkan peluang pada awal perlawanan selepas Levy Clement meledak gol pada minit ke-8.

Momentum cemerlang NSFC diteruskan hasil jaringan Shahrel Fikri Md. Fauzi pada minit ke-15.

Sri Pahang kembali bernyawa apabila pemain import, Stefeno Brundo menjaringan gol hasil sepakan penalti pada minit ke-23 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Namun, kelekaan di benteng pertahanan menyaksikan Casangrande kembali memastikan skuad Hobin Jang Hobin selesa dengan gol ketiga berselang seminit kemudian.

Bersambung pada babak kedua, Pahang kembali merapatkan defisit gol apabila David Rowley menjaringkan gol kedua buat skuad itu pada minit ke-79.

Brundo sekali lagi tampil cemerlang apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-89 hasil sepakan percuma.

Jaringan tersebut meniupkan semangat barisan pemain tuan rumah dan Kpah Sherman bijak menyudahkan peluang terhidang pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan 4-3 menjadi milik pasukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI