fbpx

SPRM beku 192 akaun termasuk milik bekas menteri kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank berjumlah RM39 juta melibatkan 192 akaun termasuk milik seorang bekas menteri kanan.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pembekuan 192 akaun itu melibatkan 35 akaun syarikat selain 157 akaun individu termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri serta ahli keluarga mereka.

“Selain itu, SPRM turut merakam kenyataan dua individu bergelar tan sri selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis berkaitan melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan terbabit kelmarin.

“Kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bagi tindakan terbabit.

“Susulan itu, beberapa dokumen berkaitan kes telah diperolehi pihak SPRM,” katanya, di sini tadi.

Dalam perkembangan sama, SPRM berkata, pihaknya kini juga sedang giat memperoleh maklumat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana negara berjumlah kira-kira RM2.3 bilion.

Pada Mei lalu, seorang bekas menteri kanan dan seorang tokoh perniagaan bergelar tan sri disiasat SPRM berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.

Menurut sumber, siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

“Tumpuan siasatan adalah berhubung pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan itu.

“Difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham itu dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan matawang ringgit pada hujung 1990-an.

“Ia diseleweng demi kepentingan individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI